Friday, 10 February 2023

Pengalaman Buka Buku Pink di KK (for new mommies)

 Buku Pink (Proses)


Call Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan untuk check sama ada boleh walk-in atau kena buat appointment. (call on 3/2/2023 & nurse set date untuk buka buku on 9/2/2023)


9/2/2023 - Khamis , 8AM

✨ Bawak Sijil Nikah (original), IC, IC husband, scan baby (better to put in transparent file & letak dalam box @ kaunter pendaftaran KKIA) dan tunggu sampai Nurse panggil untuk next proses.


Nurse1 akan panggil dan masuk dalam bilik untuk isi details on buku pink (prepare alamat tempat kerja husband, check history penyakit on family side (mommies) ,check date ambik vaksin dekat MySejahtera). Dalam 15min sahaja untuk proses ni.


Nurse1 akan letak form kat bilik ambil darah dan tunggu turn untuk kena cucuk (both wife/husb). Bukan cucuk kat jari ye, kat tangan tau ๐Ÿ˜ธ. Nurse akan bagi sample darah (wife/husb) untuk kita sendiri hantar ke Lab for checking dan juga form untuk urine test.


Before pergi Lab, letak siap2 buku pink kat Nurse2. Nanti lepas ambil result darah & urine, kita kena pass balik kat Nurse2.


✨ Hantar sample darah ke Lab. (Tunggu untuk ambil result mommies sahaja) Tunggu 10min dah siap.


✨ Letak form untuk urine test kat Lab (tunggu result)


Result darah & urine, pass kat Nurse2. Masa ni kena check berat, tinggi, BP untuk Nurse2 rekod. Kat sini pun 10mins je.


✨ Letak buku kt Bilik Pemeriksaan 2 & tunggu Nurse3 panggil untuk next proses. Yang ni kena tunggu dalam 20mins depends berapa ramai orang yang tengah menunggu hari tu..


Nurse3 akan suruh kita baring dan check breast, perut, kaki if ada bengkak, leher (sila pakai baju yang loose dan sesuai ๐Ÿ˜)


Nurse3 akan bagi short explanation pasal result darah, urine test. (Any complain, soalan boleh tanya dan Nurse3 akan bagi suggestion. Contoh; tak boleh minum susu, nurse advise untuk makan banyak ikan bilis, makan cheese or consume Calcium tablet, boleh beli kat farmasi)


Nurse3 akan set date for next appointment (as per conversation untuk early pregnancy, check up hanya sebulan/sekali if mommies takda any problems, then bila dah reach 20w+ akan jadi sebulan/dua kali, then bila dah hujung-hujung pregnancy akan lebih kerap, seminggu/sekali) Nurse3 akan bagi few ubat jugak untuk mommies masa ni. (Iron Tablet, Vitamin B Complex, Ascorbic Acid 100mg, Folic Acid 5mg)


✨ Tunggu Dr panggil untuk revise balik note dari Nurse3 dalam buku pink (Dr advise untuk minum air gula on the next week, sebab parents ada history diabetes + overweight + umur more than 25years)


Settle jumpa Dr, letak balik buku pink dekat registration counter dan tunggu Nurse4 panggil


Nurse4 set date untuk datang balik minum air gula untuk pengesanan kencing manis @ ujian saringan kencing manis untuk pregnant mommies. Nama lainnya ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)


***Extra info untuk mommies yang kena minum air gula

Risiko rendah : minum pada 24-28 minggu

Risiko tinggi : minum pada 10-14 minggu & 24-28 minggu (if first MGTT normal)


๐Ÿ’ฌ Untuk first day buka buku pink, advisable for mommies untuk ambil cuti bekerja sebab akan ambil masa lama sikit, mine ambil masa from 8am-11am untuk complete kan records kita dalam buku and please bring the buku pink wherever you go okay ๐Ÿ’


๐ŸŽ‰❤️COMPLETE MY FIRST DAY OF CHECK UP ON 9/2/23 ❤️๐ŸŽ‰

No comments:

Post a Comment