Friday, 17 February 2023

Alahan dan Pengalaman pada Trimester Pertama

30/12/2022

My first UPT turns positive selepas 6 hari lewat datang period. Tapi I do it in night.
(**Advisable for mommies to do it in the morning to get a correct results, as what I read in most articles)
Once UPT dah tunjuk positive, I was so speechless at that time. Happy dan nervous. I keep it to myself first, even my husband didn't know it yet πŸ‘§



6/1/2023

I took the second test early in the morning and turns positive too. This time around, I dah ready to tell my husband that we'll become a parent, soon πŸ‘ͺπŸ‘«. Alhamdulillah  Ya Rabb for this rezeki. We kept this news from both of our family, since I tak pergi for confirmation scan kat klinik lagi. By the time I took the test, my baby was already 5weeks+. I downloaded  Asianparent apps. Banyak yang mommies boleh tahu from the apps. Some mommies advise to do the first scan on 7weeks+. Tapi, depends on the pregnancy itself. Ada yang scan on 6w dah nampak baby, ada yang dah 7w tapi masih nampak kantung kosong. If kantung still kosong, Dr will advise you to come back after 2 weeks. So, I've planned to do the first scan after I come back from my short trip in Ipoh with my besties. So we did the first scan on 20/1/2023 at Klinik Naura.


11/1/2023

Worst day ever!  Masa ni dah start extremely hilang selera nak makan, actually lepas found out that I'm positive pregnant on the first test, semua alahan dah start, tapi mild je. Tapi dalam tempoh ni semakin ekstrem ya. Teringin macam-macam makanan, tapi tak boleh nak telan langsung makanan. Jadi picky & choosy.

Petang -  after kemas-kemas rumah dah start pening dan mual. Tapi teringin nak pergi pasar malam sebab dah lama tak pergi. Once sampai pasar malam, kepala jadi kelam. Tapi gagahkan juga sebab nak sangat pergi. Satu round ja pusing, beli makanan dan terus balik sebab dah tak tahan. Perut start berangin dan rasa nak muntah. 

Malam - jadi lagi worst. Makanan yang beli tadi semua tak boleh nak telan. Masuk toilet 2 kali nak muntah, tapi tak lepas-lepas. Keluar toilet  badan dah rasa lembik terus baring kat katil dan terpaksa panggil MIL kesayangan untuk tolong urut perut sebab rasa angin memang penuh dah dalam badan. Few days later terpaksa bagitahu to my MIL about the pregnancy sebab husband dah too excited dah. Tapi still the whole family tak tahu lagi. Just the 3 of us πŸ‘«πŸ˜Ž

Since then, alahan semua dah start. Makanan yang selalu boleh dihabiskan pun susah nak habis, hari-hari kena sapu minyak kat kepala dan perut. Hidung dah tak boleh bau Essential Oils yang pasang kat diffuser kat office. Padahal sebelum ni hari-hari pasang, but not anymore dah πŸ˜“. Air masak langsung tak boleh nak minum, rasa nak muntah. Nak makan makanan yang pedas dan bersup sahaja. It goes day by day. Susah hati dah sebab on 14/1/2023, we're going to Ipoh for makan-makan dan jalan-jalan trip.
 


14/1/2023

Alhamdulillah, a day before macam kurang sikit alahan. Dah boleh makan. Syukur πŸ‘
The trip went well. I eat A LOT sebab before ni takda selera, now dah boleh makan sikit, so kita bedal. Terpaksa rahsiakan dulu about the pregnancy from my besties, since lepas balik dari trip baru nak buat check up kat klinik. Tapi banyak tips about pregnancy, saya korek from my bestie sebab dia pun tengah pregnant 6m dah πŸ‘Ά. By now dia dah tahu that I'm pregnant.


20/1/2023

It's the day. Syukur, syukur, Alhamdulillah. I'm officially PREGNANT. By the time dah 8w1d and my EDD is 31/8/2023. Anak merdeka, are you? πŸ‘Ά Alhamdulillah again for this rezeki. Heartbeat pun dah ada even U still smol ya. Rasa nak nangis first time dengar heartbeat baby. I never imagine I'm carrying another soul in me. Please pray for my baby to grow healthy in my tummy. Amin Amin Ya Rabb πŸ‘πŸ‘πŸ‘


By the time I wrote this, I just entered the 12w. Alhamdulillah I enjoyed every moment. Yang happy,  yang tak happy. I’m so blessed sebab dapat experience this precious moment. Till next time, I’ll update once I’m done my NT Scan probably in the next 2 weeks. 


πŸ’¬ Current alahan: Saya sangat sensitive to bau ubat dan struggle nak makan ubat setiap pagi. Setiap kali nak gosok gigi pun saya struggle sebab meloya  bila nak kumur. Pray for me πŸ™πŸΌ







Tuesday, 14 February 2023

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Pregnant

 14/2/2023, SELASA @ 8AM


πŸ’Ÿ Sharp jam 8am terus sampai kat KKIA, macam biasa letakkan buku pink kat kaunter pendaftaran dan tunggu sampai Nurse panggil nama.


πŸ’Ÿ Letak buku di bilik ambil darah dan tunggu turn. Hari ni ibu-ibu mengandung tak ramai sangat kat klinik, so most probably proses mesti cepat siap. 


πŸ’Ÿ  Around 8.20am, nama dah di panggil, so get ready untuk ambil first darah. Darah berpuasa lah sebab start jam 10pm semalam dah kena puasa. Lepas siap ambil darah, masa yang paling semua orang taknak ialah, meneguk AIR GULA. Nurse dah sediakan few cups yang berisi air gula untuk mommies yang datang pagi ni untuk minum. (**Tips: ambil cup yang still suam sebab, based on experience mommies yang lain bagitahu, air gula yang dah sejuk akan jadi lebih pekat dan likat) Susah ye nak telan. Lepas ambil air gula, terus keluar dari bilik dan cari satu spot untuk duduk dan bertenang sebab nk teguk air gula ni 😰



πŸ’Ÿ Alhamdulillah, tak seteruk yang disangka. Tak lah teruk mana pun rasa air gula ni, manis meleting je. But I managed to finish it up dengan tiga kali teguk. Saya tak kuat nak habiskan dengan sekali teguk 😹 . Lepas minum, duduk kejap, sebab sel-sel otak nak berhubung sebab tekak terkejut dapat minum air manis meleting tu. Then, return balik cup tadi kat Nurse. After 2 hours datang semula untuk ambil darah kali kedua.


πŸ’Ÿ Mommies ada pilihan sama ada nak tunggu 2 jam kat klinik atau boleh balik dulu untuk berehat, dan datang semula selepas 2 jam.


πŸ’Ÿ Lepas minum air gula ni, kepala macam pening lalat sikit. Boleh sapu any Essential Oil atau pun minyak cap kapak untuk kurangkan rasa pening tu. Dah rasa OK sikit, terus drive balik rumah and take a nap sebab nak hilangkan pening. Make sure set alarm sebab lepas 2 jam kena datang semula kat klinik.


πŸ’Ÿ 10.40am dah terpacak semula kat klinik, masa ni dah tak ramai sangat orang menunggu. Terus masuk ke bilik ambil darah dan ready for the second jab πŸ’ͺ This time around, darah kat tangan kanan tak nak keluar, nurse dah cucuk few times still tak ada darah keluar. Sis nervous dah πŸ˜‚. Unfortunately, terpaksa lah ambil darah tangan bahagian lain, which I paling takut kat part ni sebab mostly orang cakap ambil darah kat sini sakit nak mampos πŸ‘΅ Tapi Alhamdulillah sekali lagi, I've made it, sakit sikit je demi baby ku, ku relakan. Dapat lah bekas 2 jab for today πŸ˜•, tapi tak sakit pun macam gigit semut ja mommies. 






πŸ’Ÿ Lepas siap ambil darah, bawak sample dan hantar ke lab for checking. Untuk hari ni, tak perlu tunggu untuk ambil result, just hantar sample sahaja. If ada apa-apa masalah, baru lah pihak klinik akan call untuk inform mommies. If no, then wait till my next check up session on 9/3/2023 πŸ‘Έ


πŸŽ‰❤️DONE MY FIRST TIME HAVING AIR GULA❤️πŸŽ‰


Sunday, 12 February 2023

First Visit From Nurse

12/2/2022, Ahad - 10.30am


πŸ’ Received call dari staff Nurse @ 8.30am, yang in-charge masa first day pergi KKIA buka buku pink, and informed untuk datang rumah for first visit.


πŸ’ Get ready sebab nurse nak buat visit kat rumah. Estimate sampai jam 9.30am ke atas.


πŸ’ Most mommies selalu cakap nurse tak kan visit pun during pregnancy, tapi datang after mommies dah deliver baby, tapi depends untuk negeri dan area masing-masing.


πŸ’ Since this is my first pregnancy, so sis extra nervous sikit bila nurse nak datang.


πŸ’ Untuk first visit, nurse akan ambil reading BP and mine was 124/82. Reading ni dah border line dan nurse advised untuk kurangkan makan makanan yang masin, kurangkan daging untuk avoid BP naik lagi higher in the future.


πŸ’ Then buat urine test using the strips macam gambar kat bawah ni. Mine punya nurse cakap OK. Alhamdulillah πŸ™Œ


πŸ’ If ada any soalan or nak report apa-apa regarding your body, boleh inform nurse. Nurse remind untuk direct ke hospital if ada bleeding.


πŸŽ‰❤️DONE MY FIRST DAY OF HOME VISIT ❤️πŸŽ‰

Friday, 10 February 2023

Pengalaman Buka Buku Pink di KK (for new mommies)

 Buku Pink (Proses)


Call Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan untuk check sama ada boleh walk-in atau kena buat appointment. (call on 3/2/2023 & nurse set date untuk buka buku on 9/2/2023)


9/2/2023 - Khamis , 8AM

✨ Bawak Sijil Nikah (original), IC, IC husband, scan baby (better to put in transparent file & letak dalam box @ kaunter pendaftaran KKIA) dan tunggu sampai Nurse panggil untuk next proses.


Nurse1 akan panggil dan masuk dalam bilik untuk isi details on buku pink (prepare alamat tempat kerja husband, check history penyakit on family side (mommies) ,check date ambik vaksin dekat MySejahtera). Dalam 15min sahaja untuk proses ni.


Nurse1 akan letak form kat bilik ambil darah dan tunggu turn untuk kena cucuk (both wife/husb). Bukan cucuk kat jari ye, kat tangan tau 😸. Nurse akan bagi sample darah (wife/husb) untuk kita sendiri hantar ke Lab for checking dan juga form untuk urine test.


Before pergi Lab, letak siap2 buku pink kat Nurse2. Nanti lepas ambil result darah & urine, kita kena pass balik kat Nurse2.


✨ Hantar sample darah ke Lab. (Tunggu untuk ambil result mommies sahaja) Tunggu 10min dah siap.


✨ Letak form untuk urine test kat Lab (tunggu result)


Result darah & urine, pass kat Nurse2. Masa ni kena check berat, tinggi, BP untuk Nurse2 rekod. Kat sini pun 10mins je.


✨ Letak buku kt Bilik Pemeriksaan 2 & tunggu Nurse3 panggil untuk next proses. Yang ni kena tunggu dalam 20mins depends berapa ramai orang yang tengah menunggu hari tu..


Nurse3 akan suruh kita baring dan check breast, perut, kaki if ada bengkak, leher (sila pakai baju yang loose dan sesuai 😁)


Nurse3 akan bagi short explanation pasal result darah, urine test. (Any complain, soalan boleh tanya dan Nurse3 akan bagi suggestion. Contoh; tak boleh minum susu, nurse advise untuk makan banyak ikan bilis, makan cheese or consume Calcium tablet, boleh beli kat farmasi)


Nurse3 akan set date for next appointment (as per conversation untuk early pregnancy, check up hanya sebulan/sekali if mommies takda any problems, then bila dah reach 20w+ akan jadi sebulan/dua kali, then bila dah hujung-hujung pregnancy akan lebih kerap, seminggu/sekali) Nurse3 akan bagi few ubat jugak untuk mommies masa ni. (Iron Tablet, Vitamin B Complex, Ascorbic Acid 100mg, Folic Acid 5mg)


✨ Tunggu Dr panggil untuk revise balik note dari Nurse3 dalam buku pink (Dr advise untuk minum air gula on the next week, sebab parents ada history diabetes + overweight + umur more than 25years)


Settle jumpa Dr, letak balik buku pink dekat registration counter dan tunggu Nurse4 panggil


Nurse4 set date untuk datang balik minum air gula untuk pengesanan kencing manis @ ujian saringan kencing manis untuk pregnant mommies. Nama lainnya ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)


***Extra info untuk mommies yang kena minum air gula

Risiko rendah : minum pada 24-28 minggu

Risiko tinggi : minum pada 10-14 minggu & 24-28 minggu (if first MGTT normal)


πŸ’¬ Untuk first day buka buku pink, advisable for mommies untuk ambil cuti bekerja sebab akan ambil masa lama sikit, mine ambil masa from 8am-11am untuk complete kan records kita dalam buku and please bring the buku pink wherever you go okay πŸ’


πŸŽ‰❤️COMPLETE MY FIRST DAY OF CHECK UP ON 9/2/23 ❤️πŸŽ‰