Friday, 17 February 2023
Alahan dan Pengalaman pada Trimester Pertama
Tuesday, 14 February 2023
Pengalaman Minum Air Gula Semasa Pregnant
14/2/2023, SELASA @ 8AM
π Sharp jam 8am terus sampai kat KKIA, macam biasa letakkan buku pink kat kaunter pendaftaran dan tunggu sampai Nurse panggil nama.
π Letak buku di bilik ambil darah dan tunggu turn. Hari ni ibu-ibu mengandung tak ramai sangat kat klinik, so most probably proses mesti cepat siap.
π Around 8.20am, nama dah di panggil, so get ready untuk ambil first darah. Darah berpuasa lah sebab start jam 10pm semalam dah kena puasa. Lepas siap ambil darah, masa yang paling semua orang taknak ialah, meneguk AIR GULA. Nurse dah sediakan few cups yang berisi air gula untuk mommies yang datang pagi ni untuk minum. (**Tips: ambil cup yang still suam sebab, based on experience mommies yang lain bagitahu, air gula yang dah sejuk akan jadi lebih pekat dan likat) Susah ye nak telan. Lepas ambil air gula, terus keluar dari bilik dan cari satu spot untuk duduk dan bertenang sebab nk teguk air gula ni π°
π Alhamdulillah, tak seteruk yang disangka. Tak lah teruk mana pun rasa air gula ni, manis meleting je. But I managed to finish it up dengan tiga kali teguk. Saya tak kuat nak habiskan dengan sekali teguk πΉ . Lepas minum, duduk kejap, sebab sel-sel otak nak berhubung sebab tekak terkejut dapat minum air manis meleting tu. Then, return balik cup tadi kat Nurse. After 2 hours datang semula untuk ambil darah kali kedua.
π Mommies ada pilihan sama ada nak tunggu 2 jam kat klinik atau boleh balik dulu untuk berehat, dan datang semula selepas 2 jam.
π Lepas minum air gula ni, kepala macam pening lalat sikit. Boleh sapu any Essential Oil atau pun minyak cap kapak untuk kurangkan rasa pening tu. Dah rasa OK sikit, terus drive balik rumah and take a nap sebab nak hilangkan pening. Make sure set alarm sebab lepas 2 jam kena datang semula kat klinik.
π 10.40am dah terpacak semula kat klinik, masa ni dah tak ramai sangat orang menunggu. Terus masuk ke bilik ambil darah dan ready for the second jab πͺ This time around, darah kat tangan kanan tak nak keluar, nurse dah cucuk few times still tak ada darah keluar. Sis nervous dah π. Unfortunately, terpaksa lah ambil darah tangan bahagian lain, which I paling takut kat part ni sebab mostly orang cakap ambil darah kat sini sakit nak mampos π΅ Tapi Alhamdulillah sekali lagi, I've made it, sakit sikit je demi baby ku, ku relakan. Dapat lah bekas 2 jab for today π, tapi tak sakit pun macam gigit semut ja mommies.
π Lepas siap ambil darah, bawak sample dan hantar ke lab for checking. Untuk hari ni, tak perlu tunggu untuk ambil result, just hantar sample sahaja. If ada apa-apa masalah, baru lah pihak klinik akan call untuk inform mommies. If no, then wait till my next check up session on 9/3/2023 πΈ
π❤️DONE MY FIRST TIME HAVING AIR GULA❤️π
Sunday, 12 February 2023
First Visit From Nurse
12/2/2022, Ahad - 10.30am
π Received call dari staff Nurse @ 8.30am, yang in-charge masa first day pergi KKIA buka buku pink, and informed untuk datang rumah for first visit.
π Get ready sebab nurse nak buat visit kat rumah. Estimate sampai jam 9.30am ke atas.
π Most mommies selalu cakap nurse tak kan visit pun during pregnancy, tapi datang after mommies dah deliver baby, tapi depends untuk negeri dan area masing-masing.
π Since this is my first pregnancy, so sis extra nervous sikit bila nurse nak datang.
π Untuk first visit, nurse akan ambil reading BP and mine was 124/82. Reading ni dah border line dan nurse advised untuk kurangkan makan makanan yang masin, kurangkan daging untuk avoid BP naik lagi higher in the future.
π Then buat urine test using the strips macam gambar kat bawah ni. Mine punya nurse cakap OK. Alhamdulillah π
π❤️DONE MY FIRST DAY OF HOME VISIT ❤️π
Friday, 10 February 2023
Pengalaman Buka Buku Pink di KK (for new mommies)
Buku Pink (Proses)
✨ Call Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan untuk check sama ada boleh walk-in atau kena buat appointment. (call on 3/2/2023 & nurse set date untuk buka buku on 9/2/2023)
9/2/2023 - Khamis , 8AM
✨ Bawak Sijil Nikah (original), IC, IC husband, scan baby (better to put in transparent file & letak dalam box @ kaunter pendaftaran KKIA) dan tunggu sampai Nurse panggil untuk next proses.
✨ Nurse1 akan panggil dan masuk dalam bilik untuk isi details on buku pink (prepare alamat tempat kerja husband, check history penyakit on family side (mommies) ,check date ambik vaksin dekat MySejahtera). Dalam 15min sahaja untuk proses ni.
✨ Nurse1 akan letak form kat bilik ambil darah dan tunggu turn untuk kena cucuk (both wife/husb). Bukan cucuk kat jari ye, kat tangan tau πΈ. Nurse akan bagi sample darah (wife/husb) untuk kita sendiri hantar ke Lab for checking dan juga form untuk urine test.
✨ Before pergi Lab, letak siap2 buku pink kat Nurse2. Nanti lepas ambil result darah & urine, kita kena pass balik kat Nurse2.
✨ Hantar sample darah ke Lab. (Tunggu untuk ambil result mommies sahaja) Tunggu 10min dah siap.
✨ Letak form untuk urine test kat Lab (tunggu result)
✨ Result darah & urine, pass kat Nurse2. Masa ni kena check berat, tinggi, BP untuk Nurse2 rekod. Kat sini pun 10mins je.
✨ Letak buku kt Bilik Pemeriksaan 2 & tunggu Nurse3 panggil untuk next proses. Yang ni kena tunggu dalam 20mins depends berapa ramai orang yang tengah menunggu hari tu..
✨ Nurse3 akan suruh kita baring dan check breast, perut, kaki if ada bengkak, leher (sila pakai baju yang loose dan sesuai π)
✨ Nurse3 akan bagi short explanation pasal result darah, urine test. (Any complain, soalan boleh tanya dan Nurse3 akan bagi suggestion. Contoh; tak boleh minum susu, nurse advise untuk makan banyak ikan bilis, makan cheese or consume Calcium tablet, boleh beli kat farmasi)
✨ Nurse3 akan set date for next appointment (as per conversation untuk early pregnancy, check up hanya sebulan/sekali if mommies takda any problems, then bila dah reach 20w+ akan jadi sebulan/dua kali, then bila dah hujung-hujung pregnancy akan lebih kerap, seminggu/sekali) Nurse3 akan bagi few ubat jugak untuk mommies masa ni. (Iron Tablet, Vitamin B Complex, Ascorbic Acid 100mg, Folic Acid 5mg)
✨ Tunggu Dr panggil untuk revise balik note dari Nurse3 dalam buku pink (Dr advise untuk minum air gula on the next week, sebab parents ada history diabetes + overweight + umur more than 25years)
✨ Settle jumpa Dr, letak balik buku pink dekat registration counter dan tunggu Nurse4 panggil
✨ Nurse4 set date untuk datang balik minum air gula untuk pengesanan kencing manis @ ujian saringan kencing manis untuk pregnant mommies. Nama lainnya ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)
***Extra info untuk mommies yang kena minum air gula:
Risiko rendah : minum pada 24-28 minggu
Risiko tinggi : minum pada 10-14 minggu & 24-28 minggu (if first MGTT normal)
π¬ Untuk first day buka buku pink, advisable for mommies untuk ambil cuti bekerja sebab akan ambil masa lama sikit, mine ambil masa from 8am-11am untuk complete kan records kita dalam buku and please bring the buku pink wherever you go okay π
π❤️COMPLETE MY FIRST DAY OF CHECK UP ON 9/2/23 ❤️π


